Wahai wanita, JAGALAH 13 perkara ini dari dirimu....
1. Bulu kening (Alis)
Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau
menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.
(Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)
2. Kaki dan semacam hantu loceng
2. Kaki dan semacam hantu loceng
Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya)
agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah
An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/
melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang
mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….
3. Wangian
3. Wangian
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu
kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap
melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang
berserombong. (Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan
Hibban.)
4. Dada
4. Dada
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi
bahagian hadapan dada-dada mereka. (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.
5. Gigi
5. Gigi
Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya
dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat
perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah
ciptaan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)
6. Muka dan leher
6. Muka dan leher
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu
menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan
: Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan
tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
7. Pakaian yang nipis (jarang)
7. Pakaian yang nipis (jarang)
Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian
yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis
yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali
pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim
dan Bukhari.)
8. Tangan
8. Tangan
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada
menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Petikan
dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)
9. Mata
9. Mata
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan
sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti
pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja
manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram. (Petikan
dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)
10. Mulut (suara)
10. Mulut (suara)
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga
berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi
ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab
Ayat 32.) Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang
mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh
bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan
tenggelamkan mereka itu dalam bumi. (Petikan dari Hadis Riwayat Ibn
Majah.)
11. Kemaluan
11. Kemaluan
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka
menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. (Petikan
dari Surah An Nur Ayat 31.) Apabila seorang perempuan itu solat lima
waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati
suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia
kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.) Tiada seorang
perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan
dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah. (Petikan dari Hadis
Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)
12. Pakaian
12. Pakaian
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok
mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat
nanti. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn
Majah.) Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi
katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri
orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan
longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu
mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang
berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang
lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak
akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan
berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
13. Rambut
13. Rambut
Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung
rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di
dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang
bukan mahramnya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)
Riwayat Imran bin Hushain ra.: Bahwa Rasulullah saw. bersabda:
Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita.
(Shahih Muslim No.4921)
Sebarkan dengan menekan perkataan "SHARE"...
Sebarkan dengan menekan perkataan "SHARE"...
Source : 9trending topic
0 Response to "Wahai wanita, JAGALAH 13 perkara ini dari dirimu!"
Post a Comment